Friday, December 28, 2012

mudahnya isteri mendapat pahala....

Wahai Isteri-isteri... pernah tak melakukan perkara-perkara ini untuk suami......??? Kalau telah dijadikan amalan, ALHAMDULILLAH... dan kalau belum.. masih belum terlambat ... mulakan saat ini juga.. Melakukan nya, suami isteri kelihatan begitu 'romantik' sekali.. Bukan itu sahaja.. Bahkan yang lebih penting sekali, lihat ganjaran yang ALLAH sediakan untuk isteri2 yang sentiasa menyenangi hati dan perasaan suami... Sebaiknya lakukan kerana ingin mendapatkan keREDHAan ALLAH.. Menyentuh tajuk berkaitan 'layanan' isteri terhadap suami... Rasulullah SAW bersabda kepada anaknya Fatimah yang bermaksud: "Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menggunting misainya, memotong kukunya maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan dia diringankan seksaan ketika sakaratul maut, dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi Titian Sirat tanpa menempuh kesusahan." Mudahkan wanita nak masuk syurga... Nabi s.a.w kata... “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.”

No comments:

Post a Comment