Wednesday, January 27, 2010

antara lobak,telor dan kopi

"Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur dan kopi", jawab si anak. Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi. Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, ayah?" Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut."Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya ayahnya.Bagaimana dengan kita ? Apakah kita adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau adakah kita serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?
Pendidikan Islam di Negeri Kedah : Suatu Ulasan Ringkas
PENDIDIKAN ISLAM DI NEGERI KEDAH : SUATU ULASAN RINGKAS
(Dinukil pada awal 2000 atas permintaan Guruku...
Allahyarham Tuan Guru Tajuddin Abd. Rahman
al-Jarumi)
Oleh : Najahudin Lateh
MUQADDIMAH
Pendidikan Islam merupakan suatu proses yang
menitik beratkan ibadat dan perbuatan yang
berkaitan dengan masyarakat. Ia juga
menumpukan aspek keimanan dan amalan
terhadap pelbagai aspek kehidupan dunia dan
1 / 12
Pendidikan Islam di Negeri Kedah : Suatu Ulasan Ringkas
akhirat. Dasar pendidikan Islam adalah al-Qur’an
dan al-Hadith. Ia bertujuan bagi membentuk
syaksiah muslim supaya mengenal Allah dan
bertindak sepanjang hidupnya sebagai hamba
Allah yang beriman dan bertakwa kepadaNya.
Perkembangan pendidikan Islam di Malaysia
melalui salur-galur sejarah yang panjang dan
menarik. Di Kedah, proses pensejarahan ini juga
menarik, lebih-lebih lagi ia dilakari dengan
wujudnya institusi pondok dan ulama’.
Tulisan ini sedikit sebanyak akan menyentuh
pendidikan Islam di Kedah, terutama dari segi
peranan pondok sebagai institusi yang
membentuk sejarah pendidikan Islam di negeri
ini. Secara langsung, sistem pondok juga diakui
sebagai sebuah institut yang hampir kepada
falsafah dan tujuan pendidikan Islam yang
disebutkan di atas.
2 / 12
Pendidikan Islam di Negeri Kedah : Suatu Ulasan Ringkas
PERKEMBANGAN AWAL PENDIDIKAN ISLAM
DI KEDAH
Kedah merupakan salah sebuah tempat
persinggahan peniaga dan pedagang daripada
Arab, Parsi dan India. Kebanyakkan pedagang ini
beragama Islam. Selain membawa barang
dagangan mereka juga menyebarkan Islam ke
tempat yang mereka singgahi. Terdapat bukti
yang menunjukkan Islam sampai ke Kedah lebih
awal daripada negeri lain. Antaranya sejarah
Kedah mencatatkan seorang ulama’ Arab, Syeikh
Abdullah al-Yamani telah datang ke Kedah dan
mengislamkan Maharaja Darbar Raja II
(kemudiannya digelar Sultan Muzaffar Shah I)
pada tahun 531h (1136m). Beliau kemudiannya
menjadi guru agama sultan dan menetap di
3 / 12
Pendidikan Islam di Negeri Kedah : Suatu Ulasan Ringkas
Kedah.
Hasilnya, pendidikan Islam telah bermula di
negeri Kedah seiring dengan kemasukan agama
Islam. Ini ditambah dengan faktor sejarah
hubungan dengan Patani dan Acheh yang
terkenal sebagai tempat pengajian Islam. Ramai
ulama’ daripada tempat ini yang datang ke Kedah
dan mendirikan tempat pengajian. Antaranya
ialah Syeikh Jarum di Derga dan Pak Cu Him di
Gajah Mati.
Secara umumnya, pendidikan Islam bermula
dengan berpusat kepada surau atau masjid.
Selain tempat beribadat, tempat ini juga
digunakan untuk proses pengajian perkara
agama.
4 / 12
Pendidikan Islam di Negeri Kedah : Suatu Ulasan Ringkas
SISTEM PONDOK SEBAGAI INSTITUSI
PENDIDIKAN ISLAM
1. Sistem pengajian Islam pondok dijalankan
di sebuah perkampungan yang berpusatkan
sebuah bangunan (surau/masjid) yang
bertindak sebagai sekolah dan tempat beribadat.
Tempat pengajian ini dikelilingi oleh
rumah-rumah kecil yang dipanggil ‘ pondok’
sebagai tempat kediaman pelajar. Dari sinilah
timbulnya perkataan pengajian ‘pondok’.
2. Lokasi pondok selalunya berada di tempat
pendalaman/desa, selalunya di sebuah kawasan
penanaman padi, yang berhimpunnya orang
Melayu beragama Islam. Ini jelas dengan
banyaknya pengajian pondok di daerah
Kubang Pasu, Kota Setar dan Yan kerana
kawasan ini merupakan jelapang padi bagi
Kedah.
3. Sistem pengajian ini biasanya ditadbir
5 / 12
Pendidikan Islam di Negeri Kedah : Suatu Ulasan Ringkas
secara bersendirian mengikut citarasa tuan guru
yang bertindak sebagai ketua. Beliau
bertanggung jawab mengendalikan pengajian dan
atauran hidup di kawasan pondok. Kemajuan
sesebuah pondok itu selalunya bergantung
kepada keilmuan dan daya kepimpinan yang
ada pada tuan guru. Kebanyakkan pondok
terkenal dengan nama kepada pengasas atau
tuan guru di situ dan tempat kewujudannya.
Sebagai contohnya, pondok Hj. Hussain
Langgar, pondok Tok Syeikh Jarum Derga dan
pondok Syeikh Idris di Tajar.
4. Pelajar-pelajar tidak dibahagi mengikut
umur, sebaliknya dibuka kepada umum dan
sesiapa sahaja boleh mengikuti pelajaran
daripada tuan guru, selalunya selepas meminta
izin daripada beliau. Sistem pondok tidak
mempunyai kelas, sebaliknya lebih berbentuk
halaqah
bersama tuan guru.
5. Kebanyakkan sekolah pondok tidak
mempunyai sumber kewangan yang tetap.
Sebaliknya ia bergantung kepada derma orang
6 / 12
Pendidikan Islam di Negeri Kedah : Suatu Ulasan Ringkas
ramai dan pelajar, terutama melalui bayaran
dalam sistem Islam seperti waqaf, zakat dan
sedekah. Ini mungkin berkaitan dengan lokasi
pondok di kawasan penanaman padi melalui
pemberian zakat padi.
6. Sistem pengajian di sini menggunakan
kaedah pengajaran secara penyampaian oleh
tuan guru dan pelajar pula mengingatinya
secara hafalan terhadap pelajaran atau matan
yang dipelajari. Kebanyakkan sekolah pondok
mempunyai jadual pengajaran mengikut solat
lima waktu, seperti lepas subuh dan lepas
maghrib.
7. Pengajian secara pondok tidak
menggunakan sukatan pelajar yang tetap,
sebaliknya menggunakan kitab-kitab tertentu
mengikut mata pelajaran yang diajar. Antara
kitab-kitab yang selalu diajar adalah dalam
bahasa Arab dan bahasa Melayu tulisan Jawi
seperti : Minhaj al-‘Abidin dan Ihya’
Ulumuddin
(tasauf),
Fath al-Muin
(feqah),
7 / 12
Pendidikan Islam di Negeri Kedah : Suatu Ulasan Ringkas
Tafsir Jalalain
(tafsir) dan sebagainya.
8. Antara pondok yang terawal di bina di
Kedah adalah di Kampung Pulau Pisang,
Tunjang, Jitra oleh Tuan Haji Ishak Bin
Muhammad Hashim.
SISTEM PONDOK MELALUI PEMBAHARUAN
Selepas Perang Dunia Kedua, sistem pendidikan
pondok semakin beransur-ansur mengalami
perubahan. Ini termasuklah dalam kaedah
pengajaran yang menekankan aspek
pemahaman, selain kemudahan persekolahan
seperti buku teks, jadual waktu yang tersusun
dan sistem pentadbiran yang kemas.
8 / 12
Pendidikan Islam di Negeri Kedah : Suatu Ulasan Ringkas
Mengikut catatan sejarah, sistem pengajian
agama moden yang dipanggil madrasah yang
awal wujud ialah Madrasah al-Hamidiah di
Limbong Kapal, Alor Setar oleh Tuan Haji Wan
Sulaiman Bin Wan Sidek. Nama madrasah ini
diambil sempena nama Sultan Abdul Hamid
Halim Shah Ibn Sultan Ahmad Tajuddin Mukarran
Shah. Asalnya madrasah ini merupakan tempat
persinggahan bakal-bakal haji sebelum bertolak
ke Pulau Pinang untuk menuju ke Mekah.
Sebelum bertolak mereka akan mempelajari
rukun dan cara mengerjakan haji terlebih dahulu.
Kemudian satu persatu sekolah pondok menjadi
moden dengan dipanggil sebagai madrasah. Ada
pula sekolah pondok yang terus mati setelah tuan
guru meninggal dunia dan tiada tempat penganti.
9 / 12
Pendidikan Islam di Negeri Kedah : Suatu Ulasan Ringkas
PENUTUP
Kesimpulannya, Kedah merupakan negeri ilmu
yang banyak melahir para ulama dan tempat
kunjungan mereka. Ini terbukti dengan munculnya
ratusan pondok di seluruh negeri. Hasilnya ilmu
pendidikan Islam tersebar luas melalui sistem
pengajian pondok yang dibentuk pada suatu
ketika dahulu dan melahirkan para ilmuan Islam
sampai ke hari ini.
RUJUKAN
10 / 12
Pendidikan Islam di Negeri Kedah : Suatu Ulasan Ringkas
Ishak Muhammad Rejab (Prof), Peranan Ulama
Dalam Masyarakat di Kedah
, Dokumentasi Sejarah Kedah Darul Aman, 1991.
Jawatan Kuasa Penerbitan, Biografi Ulama
Kedah Darul Aman ,
Lembaga Muzium Negeri Kedah, Jld. 1, 1996.
Jawatan Kuasa Penerbitan, Perjuangan
Persatuan Ulama Kedah
, Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti
Malaya.
Mohd Salehuddin Abd Ghani, Ulamak Kedah
1850an-19401an ,
Dokumentasi Kovensyen Sejarah Kedah, 1996.
11 / 12
Pendidikan Islam di Negeri Kedah : Suatu Ulasan Ringkas
Wan Mohd Shaghir Abdullah, Hubungan Ulama
Patani dan Kedah ,
Dokumentasi Kovensyen Sejarah Kedah, 1996.
Zahidi Dato’ Hj. Zainol Rashid, Sejarah Sekolah
Pondok di Kedah
, Dokumentasi Kovensyen Sejarah Kedah, 1996.
12 / 12