Sunday, December 30, 2012

Mutiara kata

kasihanilah musuhmu, berbuat baiklah pada orang yang membenci kamu, mintaklah berkat bagi orang yang mengutuk kamu. Berdoalah untuk orang yang mencaci kamu - confusius

Dan Apabila Menderita Kesusahan,Dia Bersabar,Ini Merupakan Kebaikan Baginya" - Riwayat Muslim

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Pikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.

Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.

Jika Anda tidak bisa menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.

Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahasianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Pikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.

Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.

Jika Anda tidak bisa menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.

Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahasianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan. Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

jasamu ibu

Friday, December 28, 2012

mutiara hati

Badiuzzaman...sejarah..

BADIUZZAMAN SAID AL-NURSI : Matinya Bujang, Kerana Bernikah Dengan Perjuangan Badiuzzaman Said Al-Nursi.. Said dilahirkan di perkampungan Nurs di wilayah Bitlis, Timur Anatolia pada tahun 1876 iaitu tahun di mana Sultan Abdul hami II menaiki takhta. gelaran Badiuzzaman adalah bermaksud keagungan zaman. beliau berketuruna Kurdi. pada suatu ketika semasa di Van,beliau membuat analisa masyarakat tempatan khususnya masyarakat Kurdi terhadap Islam.kemudiannya beliau membuat kesimpulan beliau wajib untuk belajar ilmu-ilmu sains supaya dapat digandingkan berssama ilmu agama islam. Said Nursi telah meluangkan masa untuk belajar ilmu Geografi, Fizik dan Falak. tujuannya belajar ilmu sains seiringan dengan ilmu agama adalah supaya mereka yang tidak dapat memahami hakikat ketuhanan dapat memahami melalui 'bahasa sains' seterusnya sampai kepada hakikat iman. ketika berlakunya penggulingan Khalifah terakhir Uthmaniah, Sultan Abdul hamid II , parti ittihad ve Turakki telah menguasai Turki. mereka telah menangkap dan memenjarakan ramai sarjana islam. disebabkan kepintaran Badiuzzaman Said Nursi berhujah, mahkamah gagal mensabitkan beliau dengan sebarang pertuduhan dan akhirnya beliau dibebaskan. ketika perang dunia pertama, Badiuzzaman Said Nursi bersama 300 anak muridnya telah bertempur dengan tentera Russia yang berusaha menawan Bitlis. setelah ramai terkorban dari kedua-dua belah pihak akhirnya Bitlis jatuh ke tangan Russia dan Badiuzzaman Said Nursi dan pengikutnya telah ditawan dan dipenjarakan. ketika di dalam penjara dia tetap meneruskan kerjanya mengajar islam kepada tawanan perang. beliau kemudiannya berjaya melarikan diri ke Siberia kemudiannya ke Eropah seterusnya pulang ke Istanbul melalui Warsaw, Berlin dan Vienna. beliau telah dikurniakan anugerah kehormat oleh Enver Pasha,timbalan menteri pertahanan ketika itu diatas jasanya memimpin orang ramai bangkit menentang penjajah Russia.kemudiannya beliau telah dilantik menjadi anggota Darü’l-Hikmeti’l-Islamiye sebuah akademi yang menghimpunkan sarjana islam pada ketika itu. setelah kejatuhan khilafah dan Turkish Grand National Assembly dibentuk, kabinet Ataturk menjemput beliau untuk menyertainya di Ankara. jemputan diterima, namun selepas tiba di Ankara Badiuzzaman Said Nursi tidak dapat menerima untuk bersekongkol dengan anggota kabinet yang tidak patuh syariat Islam. beliau menegur Ataturk dan anggota kabinetnya, " tidak ada kebaikan yang boleh saya harpakan daripada golongan yang mengabaikan solat ! " Selepas itu, Badiuzzaman Said al-Nursi meneruskan kegiatannya berdakwah, mendidik masyarakat dan sentiasa berulang alik di antara penjara dan pembuangan, hasil tekanan yang dibuat oleh regim Atatürk. Pada tahun 1935, kerajaan Republik Turki telah membuat pertuduhan terhadap Badiuzzaman bahawa kononnya beliau menubuhkan sebuah gerakan rahsia yang menentang pemerintah. Beliau telah didakwa di Mahkamah Eskişehir dan kemudiannya dibuang ke Kastamonu. Manakala pada tahun 1943, Mahkamah Denizli telah mendakwa Badiuzzaman Said al-Nursi bahawa beliau memimpin sebuah pergerakan rahsia yang bertujuan menggulingkan pemerintah, serta menuduh Atatürk sebagai ‘Dajjal dan Pembinasa Agama’. Pendakwaan itu berlangsung selama 9 bulan. Beliau akhirnya dibebaskan daripada pertuduhan tetapi ditahan daerah di Emirdağ, sebuah bandar di daerah Afyon. Pada tahun 1952, Badiuzzaman tiba di Istanbul tetapi kemudiannya pulang semula ke Emirdağ dan di peringkat inilah, risalah-risalah karangannya, dikumpul dan ditulis dengan huruf Arab untuk disebarkan kepada orang ramai. Pengikut Badiuzzaman menjadi semakin ramai khususnya selepas tahun 1950 iaitu di era pemerintahan İsmet İnonu. Penulisan Badiuzzaman telah menjadi pembimbing yang besar kepada umat Islam di Turki. Beliau menulisnya secara non linear iaitu mentafsirkan ayat-ayat al-Quran bukan mengikut susunan Surah atau Ayat. Sebaliknya berdasarkan kepada keperluan masyarakat menerusi isu-isu yang timbul dari semasa ke semasa. Beliau sendiri menggelar Risalahnya sebagai “penolak keraguan yang ditimbulkan oleh Syaitan-syaitan Jin dan manusia, serta pengukuh Aqidah kaum Muslim di jalan yang Haq dan betul” Pada tahun 1960 Said al-Nursi berhasrat untuk berpindah dari İsparta ke Urfa. Di rehlah kali inilah, Badiuzzaman Said al-Nursi menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas suatu perjalanan hidup yang panjang dan berliku, iaitu pada 23 Mac 1960 bersamaan 25 Ramadhan 1379. Beliau selamat dikebumikan di Urfa. Akan tetapi pada 11 Julai 1960, Revolusi Tentera telah menggulingkan pentadbiran kabinet Adnan Menderes dan beliau sendiri dihukum gantung oleh pihak Tentera dengan alasan bersikap acuh tidak acuh di dalam mengekang kebangkitan semula golongan pro-Islam. Pada masa itulah, anggota revolusi telah mengarahkan supaya makam Badiuzzaman Said al-Nursi dibongkar dan jenazahnya dikeluarkan untuk dipindahkan ke İsparta. Di bandar itulah, Badiuzzaman Said al-Nursi bersemadi di suatu tempat yang tidak diketahui, hingga ke hari ini. Badiuzzaman Said al-Nursi telah mewariskan hasil pemikirannya di dalam jumlah yang besar. Antaranya ialah: 1. Rasâil al-Nur yang terdiri daripada 130 Risalah, terbahagi kepada: 1. Sözler (al-Kalimât) yang terdiri daripada 33 Risalah. 2. Mektubât, terdiri daripada 50 Risalah. 3. Lem’ât, terdiri daripada 15 Risalah. 4. Juzuk tambahan kepada Rasâil al-Nur iaitu Lâhika Kastamonu, Lâhika Emirdağ dan Lâhika Barla. 2. Tulisan-tulisan lain seperti İşaratü'l-İ'caz, Mesnevi-i Nuriye dan sebagainya Dakwah yang dilakukan oleh Badiuzzaman Said al-Nursi menonjolkan kesungguhan beliau memecahkan kebekuan tradisi pengajian ilmu Islam, mendorong kepada penguasaan ilmu Syariat dan Sains dan saling mempergunakan kedua-dua ilmu tersebut ke arah memahami hakikat Iman. Beliau tidak banyak mendatangkan perselisihan pandangan Ulama, sebaliknya banyak memfokuskan kepada meneroka pelbagai kaedah penyampaian demi membolehkan semua lapisan masyarakat dapat memahami mesej yang hendak diketengahkan. Semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran untuk Badiuzzaman Said al-Nursi yang kehidupan dan matinya bujang, kerana berkahwin dengan perjuangan yang gigih dan berpanjangan. sumber : ustaz hasrizal - sumbangan ulama' Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam memelihara kemurniaan aqidah ahlus sunnah wa jamaah di ambang keruntuhan khilafah. (sedikit modifikasi)

mudahnya isteri mendapat pahala....

Wahai Isteri-isteri... pernah tak melakukan perkara-perkara ini untuk suami......??? Kalau telah dijadikan amalan, ALHAMDULILLAH... dan kalau belum.. masih belum terlambat ... mulakan saat ini juga.. Melakukan nya, suami isteri kelihatan begitu 'romantik' sekali.. Bukan itu sahaja.. Bahkan yang lebih penting sekali, lihat ganjaran yang ALLAH sediakan untuk isteri2 yang sentiasa menyenangi hati dan perasaan suami... Sebaiknya lakukan kerana ingin mendapatkan keREDHAan ALLAH.. Menyentuh tajuk berkaitan 'layanan' isteri terhadap suami... Rasulullah SAW bersabda kepada anaknya Fatimah yang bermaksud: "Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menggunting misainya, memotong kukunya maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan dia diringankan seksaan ketika sakaratul maut, dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi Titian Sirat tanpa menempuh kesusahan." Mudahkan wanita nak masuk syurga... Nabi s.a.w kata... “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.”