Monday, November 17, 2014

Catatan Dhuha

Catatan Dhuha
Da'i di alam siber hanya memerlukan komputer, gajet untuk melaksanakan dakwah. Gunakanlah ia sebagai medium untuk menerangkan Islam dan dasar perjuangan kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk bersemuka dengan kita tetapi boleh bertemu di alam maya. Amat beruntung siapa yang dapat kuasai teknologi maklumat pada masa kini. Kita boleh sampaikan maklumat dengan pantas dan menjawab dengan fakta dan data. Hj Idris Hj Ahmad 25 Muharam 1436 / 18 November 2014 Selasa.

Friday, October 24, 2014

Lingkaran Pena: SURAT TERBUKA KEPADA YANG BERJIHAD

Lingkaran Pena: SURAT TERBUKA KEPADA YANG BERJIHAD

Muharram

Sungguh pantas masa berlalu. Tanpa disedari bulan Muharram kunjung tiba lagi. Tanpa kita sedari juga sebenarnya usia kita semakin bertambah, rezeki kita juga semakin berkurangan, ajal semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin menghampiri kita.
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
Kehadiran bulan Muharram tahun ini sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya. ;
Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat. Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Thursday, October 16, 2014

Falsafah buah

Falsafah buah oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Falsafah Buah-buahan ... .......
1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.

6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santanya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.

7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

Monday, October 13, 2014

Dhuha

Saidina Umar al Khattab menyatakan "Apabila kami diuji dengan susah kami mampu sabar.s Apabila kami diuji dengan kesenangan kami tidak sabar". Peringatan yang cukup sesuai untuk dijadikan bekalan kepada kita yang terlibat di dalam perjuangan Islam. Boleh muhasabah diri masing-masing, di manakah kita ketika menghadapi dua keadaan ini.

       Ust Hj Idris Hj Ahmad. 16 Zulqaedah 1435/ 11 Sep 2014 Khamis.

Ungkapan menarik

عبارة جمیلة للدكتور عائض القرني ـَـَََ

نحن لا نملك تغییر الماضي
و لا رسم المستقبل
فلماذا نقتل أنفسنا حسرة
على شيئ لا نستطیع تغییره؟

Kalimat indah dari Dr. Aid Al-Qarni
Kita tidak boleh merubah yang telah terjadi 
Juga tdk boleh menggariskan masa depan
Lalu mengapa kita bunuh diri kita dgn penyesalan?
Atas apa yg sdh tdk boleh kita ubah

الحیاة قصیرة وأهدافها كثيرة
فانظر إلى السحاب 
و لا تنظر إلى التراب
إذا ضاقت بك الدروب 
فعلیك بعلام الغیوب 
و قل الحمدلله على كل شيئ
Hidup itu singkat sementara matlamatnya banyak
Maka, tataplah awan dan jgn lihat ke tanah
Kalau merasa jalan sdh sempit, kembalilah ke Allah yg Maha Mengetahui yg ghaib! 
Dan ucapkan alhamdulillah atas apa saja.

سفينة (تايتنك) بناها مئات الأشخاص
وسفينة ( نوح ) بناها شخص واحد
الأولى غرقت والثانية حملت البشرية
Kapal titanic dibuat oleh ratusan orang
Sedang kapal nabi Nuh dibuat hanya oleh satu orang

       Tetapi, Titanic tenggelam. Sedang kapal Nabi Nuh menyelamatkan umat manusia

Wanita...

WANITA YANG HARAM DINIKAHI

1. Haram selama-lamanya disebabkan:-

Hubungan keturunan (nasab):
  • Ibu, nenek sebelah ibu, nenek sebelah bapa;
  • Anak perempuan, cucu perempuan dari anak lelaki, cucu perempuan dari anak perempuan. 
  • Adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu.
  • Anak perempuan kepada adik beradik lelaki yang seibu sebapa atau sebapa atau seibu (Anak saudara).
  • Anak perempuan kepada adik beradik perempuan yang seibu sebapa atau sebapa atau seibu (Anak saudara).
  • Adik beradik perempuan bapa ( Ibu saudara sebelah ayah).
  • Adik beradik perempuan ibu (Ibu saudara sebelah ibu).
Hubungan perkahwinan:
  • Isteri bapa (ibu tiri) Isteri datuk  sebelah bapa atau ibu (nenek tiri).
  • Isteri anak (menantu), isteri cucu lelaki sebelah anak lelaki atau anak perempuan.
  • Ibu mertua.
  • Anak perempuan isteri (anak tiri) (selepas bapa tiri bersetubuh dengan ibunya).
Haram kerana susuan:
  • Ibu susuan.
  • Adik beradik perempuan susuan.
  • Anak perempuan kepada adik beradik lelaki atau perempuan susuan.
  • Ibu saudara susuan (adik beradik susuan dengan bapa).
  • Anak perempuan susuan (perempuan yang menyusu dengan isteri).
2. Haram untuk sementara waktu
  • Berkahwin atau memadukan (poligami) dengan dua beradik perempuan sekaligus.
  • Memadukan (Poligami) seorang perempuan dengan ibu saudara sebelah ibunya atau bapanya; Memadukan (Poligami) seorang perempuan dengan anak perempuan kepada adik beradik perempuannya atau lelakinya; Memadukan (Poligami) seorang perempuan dengan anak perempuan kepada anak lelakinya atau anak perempuannya.
  • Berkahwin lebih dari empat (4) orang perempuan.
  • Perempuan kafir yang menyembah berhala.
  • Perempuan yang sudah berkahwin (mempunyai suami).
  • Perempuan yang masih dalam iddah.
  • Perempuan yang diceraikan dengan talak tiga (3).